Pesawat Azerbaijan Airlines Terhempas Di Aktau, Kazakhstan

WorldTravel
25 Dec 2024 • 4:26 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pesawat Azerbaijan Airlines Terhempas Di Aktau, Kazakhstan

ASTANA, 25 Dis (Bernama) — Sebuah pesawat penumpang milik Azerbaijan Airlines yang dalam penerbangan dari Baku ke Grozny terhempas di lapangan terbang Aktau, Kazakhstan, menurut Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan pada Rabu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Menurut kenyataan kementerian itu, pesawat berkenaan ditemukan sedang terbakar sebaik pasukan penyelamat tiba di lokasi nahas.

“Seramai 52 anggota bersama 11 unit jentera Kementerian Situasi Kecemasan Kazakhstan dikejarkan ke lokasi. Pasukan penyelamat segera menjalankan operasi memadam kebakaran,” menurut kenyataan itu.

Setakat ini, maklumat mengenai mangsa masih dalam proses pengesahan. Namun, laporan awal menunjukkan terdapat mangsa yang terselamat.

Dalam pada itu, Kementerian Pengangkutan Kazakhstan memaklumkan bahawa insiden itu akan disiasat secara terperinci.

Sumber: BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved