Pesawat Japan Airlines Mendarat Cemas, Enjin Disyaki Terbakar

23 Jun 2024 • 8:33 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan

TOKYO – Sebuah pesawat penumpang Japan Airlines (JAL) yang menuju ke Osaka terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Aomori, Jepun pada petang Sabtu, lapor media tempatan menurut Xinhua.

Enjin pesawat yang berlepas dari Aomori disyaki terbakar, lapor penyiar tempatan Aomori Television dengan memetik pegawai berkenaan.

Pada 1.15 tengah hari waktu tempatan, pesawat JAL Penerbangan 2154 yang menuju ke Lapangan Terbang Antarabangsa Osaka berlepas dari Lapangan Terbang Aomori. Tidak lama selepas berlepas, berlaku masalah enjin memaksa pesawat berpatah balik dan mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Aomori sebelum 2 petang.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam kalangan 47 penumpang dan anak kapal. Pegawai menyatakan bahawa api dilihat keluar dari enjin sebelah kiri semasa penerbangan.

Japan Airlines segera mengatur pemindahan penumpang ke dua penerbangan lain untuk meneruskan perjalanan mereka. Pesawat itu kekal diparkir di Lapangan Terbang Aomori dengan siasatan terperinci mengenai punca masalah enjin masih dijalankan. – BERNAMA-XINHUA