Pesawat Jeju Air Terhempas, 28 Terkorban

29 Dec 2024 • 11:05 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Pesawat Jeju Air Terhempas, 28 Terkorban

SEOUL — Sekurang-kurangnya 28 orang terkorban selepas sebuah pesawat terbang keluar dari landasan dan terhempas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan Korea Selatan, lapor Astro AWANI.

Difahamkan, pesawat Jeju Air yang membawa 175 penumpang dan enam anak kapal ingin mendarat di lapangan terbang di selatan negara berkenaan, selepas melakukan penerbangan dari Thailand.

Setakat ini, dua orang ditemui selamat sewaktu operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa dilakukan.

Sementara itu, pihak berkuasa kini dalam usaha untuk menyelamatkan mangsa di bahagian ekor pesawat berkenaan.

Menerusi gambar yang dikongsikan oleh media tempatan, memaparkan kepulan asap hitam dan api yang sedang marak menyelebungi pesawat berkenaan.

Syarikat penerbangan Jeju Air memaklumkan pihaknya kini sedang menyemak laporan itu, kata jurucakapnya.

Sumber: Astro AWANI

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved