2 Penumpang Terselamat & Lebih 170 Terkorban, Pihak Jeju Air Mohon Maaf

29 Dec 2024 • 6:30 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Susulan berlakunya nahas kapal terbang terhempas yang menimpa Jeju Air pada Ahad, Menteri Infrastruktur dan Pengangkutan Korea Selatan, Park Sang-woo dan pihak kerajaan akan menggerakkan segala sumber bagi memastikan operasi menyelamat berjalan dengan cepat.

Menteri pengangkutan akan bertanggungjawab

Bahkan, selaku menteri yang bertanggungjawab memantau hal-hal ehwal berkaitan penerbangan, dia memohon maaf serta mengucapkan takziah buat keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas kapal terbang terhempas serta orang awam.

image is not available

Sang-woo menambah, dirinya serta pihak lain akan menyiasat punca nahas ini boleh berlaku.

Pihak Jeju Air mohon maaf, akan bantu sedaya upaya

Dalam pada masa yang sama, pihak penerbangan tambang murah Jeju Air juga tampil memohon maaf atas insiden maut melibatkan kapal terbang miliknya yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, Korea Selatan.

image is not available

image is not available

image is not available

Kami di Jeju Air akan melakukan segala yang terdaya sebagai respons kepada nahas ini. Kami memohon maaf secara ikhlas kerana menimbulkan kebimbangan.

Difahamkan, hanya dua orang penumpang pesawat berkenaan terselamat dalam insiden kapal terbang terhempas ini, manakala lebih 170 dipercayai terkorban.

image is not available 11 months ago

Society Of The Snow: Kisah 'Survivor' Pesawat Terhempas Terpaksa Makan Daging Manusia, Hampir 3 Bulan Bertahan Di Pergunungan Salji