Pesawat Kecil Terhempas, Cetus Kebakaran Besar Di Philadelphia

Entertainment
1 Feb 2025 • 1:40 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Sebuah pesawat kecil yang membawa enam penumpang telah terhempas di pinggir bandar Philadelphia, Amerika Syarikat sekitar 11 malam waktu tempatan.

Memetik laporan Berita Harian, pesawat itu telah terhempas dan menyebabkan kebakaran dan kerosakan besar kepada rumah serta kenderaan akibat serpihan yang berselerakan.

image is not available

Pihak berkuasa Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) berkata pesawat itu adalah jenis pesawat eksekutif Learjet 55 yang sedang menuju ke Lapangan Terbang Nasional Springfield-Branson di Missouri, dan telah berlepas dari Lapangan Terbang Timur Laut Philadelphia.

image is not available

Setakat artikel ini ditulis, pihak berkuasa belum mempunyai laporan mengenai jumlah kematian atau kediaman dan jenis kenderaan yang rosak.

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.