Pesawat Malaysia Airlines MH720 Lakukan Pendaratan Kecemasan Di KLIA, Terima Isyarat Kebakaran

19 Mar 2025 • 2:47 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
MH720

Pesawat Malaysia Airlines MH720 dari Jakarta terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang petang semalam selepas menerima isyarat kebakaran.

Menurut laporan Kosmo, Malaysia Airlines Berhad (MAB) berkata yang pesawat membawa 115 penumpang dan tujuh anak kapal itu selamat mendarat pada jam 6.18 petang semalam.

Anak kapal MH720 bertindak pantas

image is not available

Dalam satu kenyataan, MAB menjelaskan bahawa anak kapal bertindak pantas dengan mengikuti prosedur operasi standard, termasuk mengaktifkan ejen pemadam api di ruang kargo sebagai langkah berjaga-jaga.

Selepas jer mendarat, pesawat itu dibawa ke kawasan khas sebelum semua penumpang dan anak kapal turun dengan selamat.

Pasukan teknikal dan bomba dikerahkan

image is not available

Pihak berkuasa bomba dan pasukan teknikal segera diarahkan untuk menilai situasi sebelum pintu kargo pesawat dibuka.

Keselamatan dan kesejahteraan penumpang serta anak kapal menjadi keutamaan syarikat dalam memastikan pematuhan kepada standard keselamatan tertinggi.

#ApaKataOhmedia

Kejadian ini mengingatkan kita tentang pentingnya keselamatan penerbangan dan kepantasan tindakan anak kapal dalam situasi kecemasan. Jika anda sering menaiki kapal terbang, pastikan anda peka dengan arahan keselamatan sebelum berlepas!

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di X dan Facebook.
Rujukan kami: Kosmo


The post

appeared first on

.