Pesawat MH720 dari Jakarta selamat mendarat di KLIA selepas isytihar kecemasan

18 Mar 2025 • 9:49 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
CAAM mengesahkan kejadian itu, dengan menyatakan terdapat kecemasan dalam penerbangan. Gambar hiasan

PUTRAJAYA - Penerbangan Malaysia Airlines MH720 dari Jakarta ke Kuala Lumpur yang membawa 114 penumpang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) petang Selasa selepas mengisytiharkan kecemasan ketika dalam penerbangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Datuk Kapten Norazman Mahmud mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi di sini hari ini, dengan menyatakan terdapat kecemasan dalam penerbangan.

"Tiada kecederaan dilaporkan. Semua penumpang telah keluar dari pesawat dan sedang menunggu bagasi, yang mungkin mengambil sedikit masa.

"Bagi penumpang yang mempunyai penerbangan sambungan, mereka akan diuruskan bagi perjalanan seterusnya,” katanya tanpa mendedahkan punca kecemasan.

Isyarat kecemasan diterima pada 6.02 petang dan pesawat itu selamat mendarat di landasan 32R KLIA pada jam 6.17 petang, katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved