Pesawat tentera Rusia terhempas di bangunan kediaman ragut tiga nyawa

18 Oct 2022 • 12:33 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

MOSCOW: Tiga orang terkorban manakala 19 lagi cedera selepas jet pejuang Su-34 Rusia terhempas di bandar Yeysk di wilayah Krasnodar, Rusia pada Isnin, lapor Xinhua memetik agensi berita TASS.

Pesawat itu terhempas ketika menjalani latihan penerbangan dan juruterbang sempat melenting keluar dengan selamat sebelum nahas, menurut memetik Kementerian Pertahanan Rusia.

Jet pejuang itu terhempas di bangunan kediaman dan mencetuskan kebakaran.

Menurut kementerian punca nahas dipercayai akibat masalah teknikal di bahagian enjin jet.

Nahas itu menyebabkan sebahagian bangunan kediaman sembilan tingkat itu terbakar.

Kerja-kerja menyelamat masih dijalankan, menurut gabenor wilayah Krasnodar Veniamin Kondratiev. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved