Pesawat ‘Terhempas’ Di KLIA, Rupanya Simulasi Kecemasan Libatkan 24 Agensi

14 Oct 2026 • 3:52 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Sebuah pesawat komersial yang membawa ratusan penumpang dilaporkan ‘terhempas’ dalam satu kejadian di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada Rabu.

Insiden kira-kira jam 10.30 pagi di Landasan 2 itu turut menyaksikan kebakaran tercetus selain beberapa penumpang dilaporkan mengalami kecederaan.

Advertisement

Sepasukan anggota penyelamat daripada 24 agensi kerajaan kemudiannya dikejarkan ke lokasi bagi menjalankan operasi menyelamat dan menguruskan mangsa.

Antara agensi yang terlibat ialah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pesawat Bawa 209 Penumpang Dan Anak Kapal

Bagaimanapun, kejadian tersebut sebenarnya merupakan simulasi menerusi Ex Perisai Panthera 2026 yang bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan dan penyelarasan tindak balas kecemasan di KLIA.

Dalam simulasi itu, sebuah pesawat komersial dengan 209 penumpang dan anak kapal digambarkan mengalami kerosakan enjin akibat rempuhan burung sebelum terbabas di landasan ketika mendarat.

Mangsa kemudiannya ditempatkan di satu kawasan bagi menerima rawatan awal, manakala petugas penyelamat dan penyiasat menjalankan tugasan masing-masing di lokasi kejadian.

Menurut pihak KLIA, simulasi berkenaan menguji keupayaan pelbagai agensi untuk bertindak sebagai satu pasukan dalam menguruskan situasi kecemasan kompleks di aerodrom.

Lima Organisasi Lapangan Terbang Antarabangsa Turut Sertai

Menariknya, latihan itu turut menyaksikan penyertaan buat kali pertama lima organisasi lapangan terbang antarabangsa sebagai pemerhati.

Lima organisasi berkenaan ialah Maldives Airports Co, Oman Airports, Tibah Airports Operation Co, Jeddah Airports dan Changi Airport Group.

Penglibatan mereka memberi peluang untuk melihat secara langsung proses tindak balas kecemasan dan koordinasi pelbagai agensi di KLIA.

Pengurus Besar Kanan Pengalaman Penumpang & Operasi KLIA, Abd Hasman Abd Muhimim berkata, keselamatan penumpang, warga kerja dan seluruh komuniti lapangan terbang sentiasa menjadi teras utama KLIA.

“Usaha ini mencerminkan komitmen kami untuk memastikan KLIA kekal sebagai hab penerbangan yang selamat, cekap dan berdaya tahan serta bersedia menghadapi sebarang cabaran,” katanya.

Uji Tindak Balas, Pengurusan Mangsa Dan Pemindahan Perubatan

Beliau berkata, berdasarkan Pelan Kecemasan Aerodrom KUL (KUL AEP), senario berkenaan turut menguji tindak balas menyelamat, pengurusan mangsa, pemindahan perubatan udara serta komunikasi dan koordinasi antara agensi.

Antara keupayaan utama yang diuji ialah pengaktifan pusat kawalan dan tindak balas utama, Terminal Emergency Centre (TEC), Family and Friends Reception Centre (FFRC) serta Family and Friends Holding Area (FFHA) dalam tempoh sasaran 30 minit.

“Latihan turut menguji keberkesanan sistem komunikasi kecemasan automatik (AECR), operasi MEDEVAC menggunakan helikopter Bahagian Udara JBPM serta penyediaan sokongan psikologi awal oleh KKM dan Pertubuhan Kebajikan Tzu Chi,” ujarnya.

Abd Hasman berkata, simulasi seperti itu perlu diadakan setiap dua tahun bagi memastikan tahap kesiapsiagaan semua pihak terus dipertingkatkan.

“Kita lihat semua objektif kita sasarkan ini berjaya, namun berlaku permasalahan kecil dan ia satu cabaran yang dikenal pasti dalam meningkatkan kesiapsiagaan di masa akan datang,” ujarnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah KLIA, Asisten Komisioner M Ravi berkata, latihan berkenaan penting bagi menguji kecekapan, keberkesanan dan kepantasan pasukan keselamatan sekiranya berlaku insiden sebenar pada masa hadapan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

boikot produk indonesia2026-10-14 11:53:58

"Ini Hanya Bersifat Sementara" - Menteri Perdagangan Anggap Isu Boikot Produk Indonesia Bukan Masalah Besar

The post Pesawat ‘Terhempas’ Di KLIA, Rupanya Simulasi Kecemasan Libatkan 24 Agensi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved