Mayat lelaki ditemukan terapung di Tasik Raban

14 Oct 2026 • 4:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Mayat lelaki ditemukan terapung di Tasik Raban

GERIK – Mayat seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan tebing Tasik Raban di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Abdul Samad Othman berkata, penemuan mayat itu dilaporkan orang awam kepada pihak polis pada pukul 5.17 petang sebelum sepasukan anggota digerakkan ke lokasi kejadian.

Katanya, mayat lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Gerik sebelum dirujuk ke Bahagian Forensik Hospital Taiping bagi pemeriksaan lanjut dan proses pengecaman identiti.

“Identiti lelaki itu disahkan oleh isterinya menerusi proses pengecaman di Bahagian Forensik Hospital Taiping semalam.

“Bedah siasat yang dijalankan hari ini mendapati punca kematian mangsa adalah akibat lemas dan tiada unsur jenayah dikesan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pemeriksaan di lokasi sekitar tasik telah menemukan sebuah motosikal jenis Honda Wave berwarna merah dan putih yang dipercayai mempunyai kaitan dengan lelaki berkenaan.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan termasuk menghantar beberapa spesimen ke Jabatan Kimia Ipoh bagi menjalani ujian toksikologi.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian berkenaan dan memberi ruang kepada pihak polis untuk melengkapkan siasatan,” katanya. – KOSMO! ONLINE

The post Mayat lelaki ditemukan terapung di Tasik Raban appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved