Pesawat terhempas: MB Selangor rakam takziah

17 Aug 2023 • 8:11 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam tragedi pesawat terhempas di jalan raya berdekatan Bandar Elmina, dekat sini petang ini.

Amirudin dalam ciapan menerusi X (Twitter) berharap semoga ahli keluarga mangsa tabah dan sabar menghadapi ujian tersebut.

“Saya menyeru agar semua pihak tidak menyebarkan imej mangsa dan menimbulkan sebarang spekulasi tidak berasas bagi menghormati keluarga mangsa,” katanya.

Terdahulu, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan 10 lelaki maut dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) itu yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina. -Bernama