Pesawat Terhempas & Terbalik, Penumpang Selfie Kerana Selamat Dari Nahas

18 Feb 2025 • 10:30 AM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Sebuah pesawat mengalami nahas sewaktu membuat pendaratan di Lapangan Terbang Toronto Pearson di Kanada mengakibatkan 18 daripada 80 penumpangnya mengalami kecederaan.

Tiga daripada penumpang mengalami kecederaan kritikal termasuk kanak-kanak, lapor Reuters. Pesawat tersebut membawa 76 penumpang bersama empat anak kapal.



Kemalangan yang membabitkan pesawat Delta Airlines itu berlaku dalam angin kecang selepas ribut salji. Ia mengakibatkan pesawat tersebut juga terbalik dan mengalami kebakaran.



“Setakat ini belum dapat dipastikan punca utama pesawat mengalami kemalangan tetapi cuaca dan angin sangat esktrem. Pesawat terbalik dan terbakar.



“Sekurangnya tiga dalam keadaan kritikal termasuk seorang penumpang kanak-kanak,” ujar kenyataan yang dikeluarkan pihak berkuasa tempatan.



Sementara itu DailyMail.uk melaporkan ada dalam kalangan mangsa yang sempat berselfie dan merakam video dengan pesawat selepas terselamat daripada maut.



“Saya terbabit dengan kemalangan pesawat,” ujar seorang penumpang yang dikenali sebagai Ashley Zook berkongsi perkembangannya di aplikasi Snapchat.

Menerusi foto-foto dan video yang tersebar, penumpang dilihat keluar menyelamatkan diri daripada pesawat yang terbalik dan telah diseliputi salji.



Lapangan terbang tersebut kini ditutup.