Peserta bersungguh ikut pertandingan menangis di Kelantan, juara bawa pulang RM500!

LocalEntertainment
5 Feb 2025 • 10:15 AM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
pertandingan menangis

Pertandingan menangis yang berlangsung di Kelantan baru-baru ini telah menarik perhatian apabila video yang dikongsi memperlihatkan para peserta bersungguh untuk mengeluarkan air mata.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok expo.kelantan.event, para peserta yang berada di pentas telah bersungguh-sungguh membuat raut wajah sedih sehingga masing-masing berjaya menangis.

Pertandingan menangis berlangsung di Expo Kelate Pantai Irama

Difahamkan, pertandingan tersebut telah berlangsung di Expo Kelate Pantai Irama Bachok dan diserta ramai orang terutama pelancong yang hadir ke lokasi berkenaan.

@expo.kelantan.event

Pertandingan menangis jerik di Expo Kelate Pantai Irama Bachok malam ni

♬ original sound - EXPO.KELANTAN.EVENT - EXPO.KELANTAN.EVENT

Pertandingan menangis tawar hadiah RM500

Lebih menyeronokkan, pemenang pertandingan tersebut membawa pulang wang tunai RM500 dan pada hari tersebut juga.

Pelbagai reaksi wajah para peserta yang menyertai pertandingan tersebut dapat dilihat oleh orang ramai di lokasi terbabit demi mendapatkan hadiah yang agak lumayan berkenaan.

Macam nak ketawa tengok muka masing-masing

Perkongsian video tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata terhibur melihat usaha-usaha para peserta bagi mengeluarkan air mata di atas pentas.

Walau bagaimanapun, ada juga yang berasa malu dengan pertandingan sebegitu kerana menganggap ia dibuat semata-mata demi konten.

image is not available

Mereka yang menangis, kita yang malu

image is not available

Pertandingan macam ni biasa dekat negara luar je

image is not available

Bukan senang nak keluarkan air mata depan orang ramai macam ni. Boleh jadi tengah-tengah menangis tergelak pula bila lihat muka peserta lain.

Sumber: TikTok expo.kelantan.event