Dituduh Gedik Biar Bella Dukung Turun Gunung Kinabalu, Didi Astillah Komen - “Nak Menggedik Maaf Cakap Tak Sempat, Saya Gayat, Syukur Ada Kakak”

5 Feb 2025 • 4:55 PM MYT
Gempak
Gempak

Portal Hiburan No.1 Malaysia!

image is not available

Penyanyi, Didi Astillah membidas komen seorang individu yang menuduhnya gedik hanya kerana kakaknya, Bella Astillah mendukungnya ketika menuruni Gunung Kinabalu di Sabah baru-baru ini.

 

Kurang stamina

Menurut Didi, dia bukan sengaja mahu membiarkan Bella mendukungnya sebaliknya kerana tidak mempunyai stamina yang kuat selain kekurangan tenaga.

Malah kata Didi, sebagai seorang yang gayat, dia merasakan gunung Kinabalu agak mencabar daripada tempat-tempat pendakian yang lain.

“Mungkin cik Aziey ni tak pernah mendapat erti kasih sayang secukupnya dari seorang kakak. Tak apa saya maafkan awak untuk comment ni cuma kebetulan saya tengah rajin nak explain ni.

“Yang kami daki tu Gunung Kinabalu, bukan bukit bukit manjah jadi apa-apa kesakitan fizikal dan mental tak dijangka kadang boleh terjadi.

“Semua yang kenal saya dari zaman sekolah tahu saya memang bukan seorang yang aktif bersukan ini bermaksud stamina saya tak kuat.

“Dekat kapsyen boleh nampak saya dah jelaskan keadaan saya. Bila daki, lain rasa dia, bila turun tu Masya-Allah orang yang gayat atau takut dengan ketinggian mesti faham apa saya rasa,” jelasnya menerusi kenyataan di Insta Story.

 

Menggedik, maaf sangat tak sempat!

image is not available

Malah jelas Didi lagi, dia sangat bersyukur dengan adanya Bella pada ketika itu yang cuba menenangkan dirinya disaat terkena serangan panik.

“Panik, nangis, tapi syukur ada kakak kat situ. Bukan tak ada malim gunung dengan kitorang cuma bila kakak sendiri yang tenangkan dan pujuk, panik saya mudah reda.

“Akhir sekali! Nak mengedik atas tu minta maaf cakap memang tak sempat kak. Memang banyak fikir tentang batu-batu , tangga dan bukit curam kat situ yang saya gayat.

“Tapi syukur bagi saya dapat daki Gunung Kinabalu adalah satu pengalaman yang takkan terlupakan. Saya cadangkan akak daki Gunung Kinabalu juga tanpa latihan stamina sebelum mendaki,” tulisnya.

 

 

 

Terdahulu, tular satu video merakamkan Didi didukung oleh Bella ketika mereka berdua menuruni puncak Gunung Kinabalu.

Video itu menyebabkan netizen meluahkan kerisauan melihat Bella menggendong Didi menuruni gunung tersebut.