Peserta konvoi perlu hormati undang-undang lalu lintas negara jiran

18 Aug 2026 • 2:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Peserta konvoi perlu hormati undang-undang lalu lintas negara jiran
Peserta konvoi 'Charity Ride' PDRM bersama Ipoh Superbike's Club berlepas dari IPD Kuala Muda, Kedah pada Selasa.
Image from: Peserta konvoi perlu hormati undang-undang lalu lintas negara jiran
Adzli

SUNGAI PETANI - Peserta konvoi perlu menghormati dan mematuhi undang-undang termasuk ketika berada di luar negara bagi mengelak dikenakan tindakan penguatkuasaan, kata Ketua Polis Kedah, Datuk Adzli Abu Shah.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu memandangkan kesalahan tersebut berlaku di luar bidang kuasanya.

Menurutnya, sebarang aduan dari penunggang motosikal berhubung perkara tersebut boleh disalurkan kepada pihak sepatutnya.

"Macam saya kata, kita kena hormat pihak berkuasa tempatan, maksudnya, mungkin dalam konteks ini adalah polis di negara jiran.

"Sebab yang siasat, yang tahan ini adalah mereka, biarkan mereka teruskan siasatan tapi apa yang boleh saya nasihatkan kita kena hormat pihak berkuasa di sana," katanya.

**media[3618606]**

Beliau berkata demikian kepada media selepas pelepasan konvoi 'Charity Ride' Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama Ipoh Superbike's Club (ISBC) sempena sambutan Hari Polis ke-219 dan sambutan ambang Merdeka ke-69 di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda di sini pada Selasa.

Adzli diminta mengulas isu membabitkan peserta konvoi yang didakwa dikenakan saman atas kesalahan lalu lintas oleh pihak berkuasa Thailand.

Dalam pada itu, Adzli meminta mana-mana peserta konvoi memastikan semua keperluan dipatuhi termasuk berkaitan lesen, cukai jalan dan alat ganti mengikut spesifikasi ditetapkan walau ke mana destinasi dituju termasuk ke luar negara.

Dalam pada itu, beliau berkata, konvoi PDRM dan ISBC disertai 183 motosikal membabitkan hampir keseluruhan kontinjen di Malaysia itu turut menyampaikan sumbangan kepada warga PDRM sakit kronik, anak yatim, rumah kebajikan serta golongan memerlukan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved