Peserta larian Fun Walk Sinar Harian teruja, tiba seawal 5 pagi

31 Jul 2022 • 6:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUALA LUMPUR - Lebih 50 orang peserta mula tiba di Dataran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di sini seawal jam 5 pagi untuk menyertai acara Fun Walk Sinar Harian 16 pada Ahad.

Bagaimanapun, proses pendaftaran di setiap kaunter Sinar Harian dan DBKL di sini berjalan lancar.

Sementara itu, pihak urus setia acara Fun Walk Sinar Harian 16 masih bertungkus-lumus menyiapkan stesen permainan dan pelbagai aktiviti yang bakal disediakan sepanjang acara ini berlangsung.

image is not available

Sinar Harian sebagai sebuah akhbar yang dekat dengan masyarakat menganjurkan program kecergasan dinamakan Fun Walk Sinar Harian 16 sempena ulang tahun penerbitannya pada 31 Julai.

Ketua Pegawai Operasi Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin berkata, program yang berkonsepkan manfaat masa bersama keluarga dengan melakukan aktiviti kecergasan pada hujung minggu ini adalah antara program utama sambutan ulang tahun Sinar Harian ke-16 dan terbuka kepada semua lapisan masyarakat.

Menurutnya, Sinar Harian turut mengambil inisiatif untuk bersama-sama dengan kerajaan dan kementerian sebagai sebahagian aktiviti tanggung jawab sosial korporat syarikat menerusi sukan bersama keluarga.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved