Peserta SMUE di Sungai Buloh terima RM200 jika HARAPAN tawan Putrajaya

16 Nov 2022 • 10:47 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

PETALING, 15 NOV: Penerima Skim Mesra Usia Emas (SMUE) Parlimen Sungai Buloh menerima tambahan baucar beli belah bernilai RM200 sekiranya Pakatan Harapan (HARAPAN) mentadbir Putrajaya.

Calon gabungan itu Datuk R Ramanan berkata jumlah berkenaan merupakan tambahan sebanyak RM100 daripada pihaknya bagi memperkasa kebajikan warga emas.

“Sekarang ini Kerajaan Selangor beri RM100 kepada warga emas setiap kali hari jadi. Jika kita pegang Putrajaya dan saya dipilih ahli parlimen, mereka akan dapat RM200.

“Semalam saya berpeluang menyertai program serahan baucar SMUE bagi penerima DUN Paya Jaras. Kita harap inisiatif bermanfaat ini dapat diperluas seluruh negara,” katanya kepada Selangorkini.

SMUE yang diperkenal sedekad lalu merupakan ikhtiar Kerajaan Selangor dalam menyantuni golongan warga tua.

Insentif yang terkandung bawah Iltizam Selangor Penyayang membolehkan penerima menikmati baucar RM100 semasa hayat selain khairat kematian RM500.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved