Pesilat Sukma meninggal dunia: Kementerian tunggu laporan Pesaka

4 Mar 2024 • 3:31 PM MYT
Scoop.my
Scoop.my

News You Can Use, Investigative Reports, Sports, Videos, and Analysis

image is not available

KUALA LUMPUR — Kementerian Belia dan Sukan sedang menunggu laporan daripada Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) mengenai insiden yang menyebabkan kematian atlet Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin semalam.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim berkata, laporan berkenaan adalah penting untuk mengetahui sama ada penganjur patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) pertandingan atau sebaliknya.

“Saya ingin mengucapkan takziah dan rasa simpati saya kepada keluarga Allahyarham Wan Muhammad Haikal.

“Kita tidak meletakkan kesalahan kepada mana-mana pihak, tetapi penganjur perlu mematuhi SOP yang perlu diselaraskan dengan Pejabat Persuruhjaya Sukan.

“Di dalam Kod Sukan Selamat juga ada menyebut tentang tanggungjawab penganjur yang perlu mengikuti SOP tentang penyediaan ruang selamat untuk pertandingan,” katanya ketika sesi soal jawab pada sesi pagi tadi.

Semalam, atlet silat Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai pertandingan di Dewan Komuniti Taman Coral Height, dekat Seremban, petang semalam.

Dia disahkan meninggal dunia pada jam 1.20 pagi ketika mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di Seremban.

Susulan kejadian itu, Pesaka telah membatalkan semua kejohanan melibatkan atlet daripada 12 negeri di Terengganu bagi menghormati pemergian Allahyarham. – 4 Mac, 2024

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved