Pesta Kopi Melawati angkat rasa tempatan, hidupkan seni komuniti (FOTO ESEI)

Opinion
23 Jun 2025 • 11:50 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

Setiap cawan kopi tempatan ada kisahnya, dari aroma biji kopi panggang yang membangkitkan kenangan hingga buih susu yang dilukis penuh seni.

Semua itu diraikan di Pesta Kopi Melawati 2025 yang menghimpunkan ratusan pencinta kopi di Melawati Square pada 22 Jun lalu, meraikan cita rasa tempatan yang tidak kurang hebatnya berbanding jenama antarabangsa.

Disertai 15 pengusaha kopi tempatan, pesta ini mengetengahkan pelbagai gaya penyediaan, dari ‘pour over’ hinggalah espresso tempatan yang pekat dan padu.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari yang merasmikan pesta ini turut meluncurkan Lorong Seni, sebuah ruang seni terbuka yang menyatukan puisi, busking dan kraftangan di tengah bandar.

Melalui lensa jurufoto HARUN TAJUDIN, pelbagai detik-detik menarik dirakam dari senyuman pencinta kopi hingga ke gerai-gerai kreatif yang menyatukan rasa, cerita dan harapan.

image is not available
Pengusaha kopi tempatan tidak menang tangan menyiapkan pesanan daripada pelanggan ketika Pesta Kopi Melawati 2025

image is not available
Pengusaha kopi tempatan teliti menyiapkan setiap pesanan pelanggan ketika Pesta Kopi Melawati 2025

image is not available
Antara gelagat pengunjung Pesta Kopi Melawati 2025

image is not available
Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari diiringi Penyelaras DUN Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli melawat reruai di Pesta Kopi Melawati 2025

image is not available
Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Penyelaras Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli (kanan) dan Timbalan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya Hasrolnizam Shaari (kiri) mencuba bakat menyediakan kopi latte, aksi santai ini menarik perhatian ramai di Pesta Kopi Melawati 2025

image is not available
Dato Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari melepaskan larian berganti di Pesta Kopi Melawati 2025 Pesta Kopi Melawati 2025