Pesta kutip kerang kapak di Pantai Sabak

LocalFood
13 Nov 2026 • 11:41 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Pesta kutip kerang kapak di Pantai Sabak

KOTA BHARU – Ratusan pengunjung termasuk kanak-kanak membanjiri pantai Sabak, di sini untuk mengutip kerang kapak yang muncul sejak petang semalam.

Fenomena luar biasa yang berlaku secara tiba-tiba itu menyebabkan pesisir pantai Sabak dipenuhi pengunjung dan penduduk tempatan yang cengkerang tersebut yang muncul selepas dibawa ombak.

Seorang penduduk, Rohani Seliman, 50, berkata, dia membawa pulang hasil cengkerang tersebut dengan menggunakan motosikal roda tiga untuk diagihkan kepada rakan-rakan dan penduduk kampung.

“Saya rasa seronok dan datang semula ke pantai ini pada awal pagi bersama adik beradik bagi mengutip kerang kapak untuk dimakan. Kalau dapat banyak saya akan agihkan kepada penduduk.

“Malam tadi, kerang kapak yang diperoleh saya rebus dan dimakan dengan colek bersama keluarga,” kata ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, seorang nelayan, Saari Yusoff, 67, memberitahu, dia datang ke lokasi tersebut selepas melihat video tular mengenai kemunculan kerang kapak di Pantai Sabak.

“Ini pengalaman pertama saya mengutip kerang kapak. Syukur dapat juga hasil selepas dua jam berada di pantai. Saya menggunakan penyauk dan dapat dua kilogram kerang kapak hari ini,” katanya.

Saari difahamkan terdapat dalam kalangan pengunjung yang datang mengutip kerang kapak untuk dijual dengan harga RM5 sekilogram. – KOSMO! ONLINE

The post Pesta kutip kerang kapak di Pantai Sabak appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved