Penyu di Pantai Saujana dipercayai masih hidup ketika dirakam – Pengarah Perikanan

LocalEnvironment
8 Nov 2026 • 8:40 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penyu di Pantai Saujana dipercayai masih hidup ketika dirakam – Pengarah Perikanan

PORT DICKSON – Penyu yang ditemukan pengunjung di Pantai Saujana, di sini, semalam dan tular didakwa sudah mati menerusi media sosial dipercayai masih hidup ketika gambar reptilia marin itu dirakam.

Pengarah Perikanan Negeri Sembilan, Kasim Tawe berkata, hasil pemeriksaan di lokasi mendapati penyu berkenaan sudah tiada ketika pihaknya melakukan semakan susulan.

“Pemeriksaan kami di lapangan mendapati penyu itu sudah tiada. Kemungkinan ia masih hidup ketika gambar tersebut diambil,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan gambar yang dikongsikan, penyu berkenaan dikenal pasti merupakan spesies penyu agar.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengusik atau mengganggu penyu yang ditemukan di kawasan pantai bagi mengelakkan haiwan berkenaan mengalami tekanan atau kecederaan.

Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak 43 sarang penyu kerah dengan keseluruhan 4,288 biji telur direkodkan di Negeri Sembilan sehingga September tahun ini. – KOSMO! ONLINE

The post Penyu di Pantai Saujana dipercayai masih hidup ketika dirakam – Pengarah Perikanan appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved