Pestabola Merdeka 2023: Penyokong diingatkan tidak bawa bahan terlarang ke stadium

16 Oct 2023 • 10:05 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available
1

KUALA LUMPUR, 16 OKT: Penyokong bola sepak yang hadir ke final Pestabola Merdeka 2023 antara Malaysia dan Tajikistan di Stadium Nasional Bukit Jalil esok diingatkan tidak membawa masuk sebarang bahan terlarang termasuk bendera negara lain yang tidak berkaitan dengan perlawanan itu.

Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata bahan terlarang seperti mercun, bunga api, suar, topi keledar, penunjuk laser, mancis, pemetik api, objek tajam, senjata, minuman keras, payung dan tongkat dilarang dibawa masuk ke dalam stadium.

“Dijangka seramai 45,000 orang penyokong akan hadir bagi menyaksikan perlawanan tersebut di Stadium Bukit Jalil di sini dan semua pintu masuk stadium akan dibuka pada 6 petang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu Zam Halim juga menasihatkan peminat bola sepak yang hadir untuk menggunakan pengangkutan awam untuk ke stadium selain bersabar, berhemah serta bertolak-ansur jika memandu kenderaan.

Katanya orang ramai yang tidak menuju ke stadium juga dinasihatkan untuk mengelak melalui jalan di sekitar stadium berkenaan bagi mengurangkan kesesakan.

“Orang ramai diingatkan supaya menjaga tatasusila serta tidak melakukan provokasi melampau sehingga mencetuskan kekacauan sama ada semasa perlawanan mahu pun selepas perlawanan itu,” katanya.

Tajikistan mendapat bai ke final selepas penarikan Palestin pada saat akhir Isnin lepas disebabkan keadaan tegang di sana.

Skuad Harimau Malaya layak ke final selepas membenam India 4-2 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat lepas.

– BERNAMA

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved