Pesuruhjaya Sarawak dilantik sebagai Pengarah Pengurusan

LocalPolitics
14 Sep 2026 • 8:26 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pesuruhjaya Sarawak dilantik sebagai Pengarah Pengurusan

Image from: Pesuruhjaya Sarawak dilantik sebagai Pengarah Pengurusan

PETALING JAYA: Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mohamad Zainal Abdullah bakal dilantik sebagai Pengarah Pengurusan Bukit Aman berkuat kuasa 15 September depan.

Difahamkan, beliau menggantikan Datuk Seri Abdul Aziz Abdul Majid yang kini dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara.

Pelantikan ini menjadikan Mohamad Zainal, 48, adalah pengarah termuda dalam kepimpinan tertinggi Polis Diraja Malaysia.

Mohamad Zainal sebelum ini mula bertugas sebagai Pesuruhjaya Sarawak pada September tahun lalu.

Antara jawatan pernah disandang beliau adalah Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) (Siasatan/Perundangan) Bukit Aman, Ketua Penolong Pengarah D5, Pendakwaan/Undang-Undang JSJ Bukit Aman, Ketua Polis Daerah (Kpd) Dang Wangi dan KPD Perak Tengah.

Mohamad Zainal juga merupakan antara ‘produk’ Harvard Business School selepas mengikuti program pengurusan lanjutan, selain memiliki pelbagai kelulusan akademik.

Antaranya ialah Ijazah Sarjana Undang-Undang dari Universiti Teknologi MARA (UiTM), Sarjana Sumber Manusia dari Universiti Putra Malaysia (UPM), Sarjana Muda Undang-Undang (UiTM), serta Sarjana Muda Sosial Pentadbiran dan Keadilan dari Universiti Malaya (UM).

Satu kenyataan rasmi dijangka akan dikeluarkan PDRM berhubung pertukaran tersebut.

Sementara itu, Mohamad Zainal ketika dihubungi mengesahkan pelantikan tersebut. – UTUSAN

The post Pesuruhjaya Sarawak dilantik sebagai Pengarah Pengurusan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved