Petani berputih mata, lebih 2,000 pokok jagung tenggelam banjir

LocalEnvironment
28 Nov 2024 • 5:00 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Muhammad tidak sempat menikmati hasil apabila lebih 2,000 batang pokok jagung ditenggelami banjir di Kampung Slow Teliar, Machang pada Khamis. Foto ihsan pembaca

image is not available
Muhammad menunjukkan jagung yang sepatutnya dituai pada awal Disember ini, namun hujan berterusan menyebabkan kawasan itu ditenggelami banjir sedalam 0.6 meter. Foto ihsan pembaca

PASIR MAS - Seorang petani berputih mata dan tidak sempat menikmati hasil apabila lebih 2,000 batang pokok jagung ditenggelami banjir di Kampung Slow Teliar di sini pada Khamis.

Muhammad Yunus, 51, berkata, jagung tersebut sepatutnya dituai pada awal Disember ini, namun hujan berterusan menyebabkan kawasan itu ditenggelami banjir sedalam 0.6 meter.

"Tanaman ini saya usahakan sejak lima tahun lalu dan ini merupakan kali pertama ia ditenggelami banjir.

"Sebelum ini kawasan seluas 0.48 hektar tersebut sering dinaiki air setiap kali musim tengkujuh. Namun tidak setinggi ini parasnya.

"Melihat kepada keadaan cuaca dan hujan berterusan, kami menjangkakan kesemua jagung ini tidak dapat diselamatkan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Muhammad, situasi itu menyebabkan dia buntu memikirkan modal pusingan yang hangus selepas semua tanaman itu ditenggelami banjir.