
Kota Kinabalu: Seorang petani berusia 68 tahun, yang didakwa merogol seorang perempuan bawah umur di Ranau, tiga tahun lalu akan dibicarakan pada 17 Sept.
Hakim Mahkamah Sesyen Elsie Primus menetapkan tarikh itu untuk Atib Bungong semasa sebutan kesnya pada Selasa.
Atib didakwa melakukan jenayah itu terhadap remaja perempuan berusia 14 tahun terbabit, jam 2 petang pada Oktober, 2021 di kawasan semak di tepi sungai di sebuah kampung di Ranau.
Pada 7 Feb, 2023, dia meminta dibicarakan terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan itu. Pertuduhan itu membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
SPONSORED CONTENT Sabah's Mengalum for world’s first net zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Dalam prosiding pada Selasa, pendakwaan ketika memohon tarikh perbicaraan memaklumkan mahkamah bahawa mereka mempunyai antara enam hingga tujuh saksi.
Mahkamah diberitahu, empat daripada saksi adalah dari Ranau.
Elsie menetapkan perbicaraan didengar di Mahkamah Sesyen Ranau.
Sementara menunggu tarikh itu, Atib diperintah direman lanjut.
Timbalan Pendakwa Raya Atiqa Nazihah Azmi mengendalikan pendakwaan.
Atib tidak diwakili.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

