Petani maut ditembak di Banting

10 Sep 2026 • 6:15 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

Petani maut ditembak di Banting

SHAH ALAM, 10 SSEPT: Seorang petani tempatan maut selepas ditembak di hadapan sebuah kediaman yang dipercayai dihuni anaknya di Teluk Bunut, Banting, pada Selasa lepas.

Ketua Polis Selangor Datuk Shazeli Kahar berkata dalam kejadian antara 10.30 malam hingga 11 malam itu, mangsa lelaki berusia 52 tahun itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas dipercayai ditembak lebih daripada satu das pada anggota badannya.

“Polis menerima maklumat berhubung insiden itu kira-kira 11.15 malam dan siasatan mendapati premis berkenaan disewa oleh anak mangsa, serta didapati tidak berpenghuni ketika kejadian.

“Mangsa yang menjalankan aktiviti pertanian di Banting dipercayai hadir ke situ semata-mata untuk memeriksa keadaan kediaman tersebut,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, di sini hari ini.

Beliau berkata ketiadaan saksi bebas dan senjata api di lokasi kejadian menyukarkan siasatan, namun polis telah mengenal pasti pihak yang disyaki mempunyai kaitan dengan kejadian itu walaupun motif pembunuhan masih belum dapat dipastikan.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 20-an hingga 30-an di sekitar kawasan Banting pada lewat malam semalam.

“Lelaki berkenaan telah dihadapkan ke mahkamah hari ini dan perintah reman dua hari dibenarkan bagi membantu siasatan. Sejauh mana penglibatan individu ini sama ada sebagai suspek utama atau sebaliknya masih dalam proses penelitian,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved