Petinju Indonesia ‘Seru’ Johan Ghazali

21 May 2025 • 4:24 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Petinju Indonesia ‘Seru’ Johan Ghazali

Petinju Indonesia, Frans Hutajulu, secara terbuka menyeru jaguh Muay Thai Malaysia, Johan Ghazali Zulfikar, untuk beradu kekuatan di gelanggang.

Tindakan berani itu disuarakan Frans yang dikenali dengan julukan “Roti Kukus” baru-baru ini, selepas meraih kemenangan dalam kejohanan tinju terbesar di Indonesia, Holywings Sport Show.

“Saya minta Ghazali dari Malaysia. Saya ingin menentang anda dalam pertandingan di mana pun,” katanya di TikTok.

Sementara itu, Johan Ghazali atau lebih mesra disapa Jojo, kini sedang giat menjalani persiapan bagi menghadapi aksi seterusnya dalam kejohanan ONE Fight Night 32 yang bakal berlangsung pada 7 Jun ini.

Dalam perlawanan tersebut, Jojo akan berdepan petinju dari Amerika Syarikat (AS), Diego Paez, dalam kategori flyweight Muay Thai.