Petinju Muay Thai maut dirempuh trak pikap semasa joging

22 Jan 2026 • 4:27 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Seorang petinju Muay Thai maut selepas dirempuh sebuah trak pikap ketika sedang berjoging bersama rakannya di Kilometer 4, Jalan Gua Musang–Sungai Terah pada Rabu petang.

Mangsa, Mohamad Nabil Mohamad, 20, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah, manakala rakannya hanya mengalami cedera ringan.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintenden Sik Choon Foo, berkata pihak polis menerima laporan kejadian daripada orang awam pada jam 6.30 petang.

Baca juga:

Menurut siasatan awal, pemandu trak pikap dipercayai hilang kawalan ketika melalui kawasan berkenaan.

“Kenderaan terbabit terbabas ke bahu jalan dan melanggar mangsa yang sedang berjoging, menyebabkan mangsa tercampak kira-kira 40 meter. Trak pikap kemudian terbalik di bahu jalan,” katanya.

Orang ramai yang menyaksikan kejadian atau mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang di talian 09-9121222 atau 019-9144855.