Kontroversi yang hangat diperkatakan tentang dirinya, tidak menghalang atlet petinju wanita dari Algeria ke pusingan akhir Sukan Olimpik Paris 2024 bagi memburu emas.
Imane Khelif telah mengalahkan atlet dari Thailand untuk melangkah ke pusingan akhir Jumaat ini.
OFF TO THE FINAL !
Imane Khelif with a resounding victory to continue her march towards the gold medal
We keep moving pic.twitter.com/yIKNEfqFvg
Tular juga video kegembiraan Imane Khelif menyambut kemenangannya sambil melompat keriangan.
Their tears can cause flooding pic.twitter.com/mINBHPjYlo
Isu kontroversi tersebut bukan mengundang kebencian penyokong, malahan dilaporkan penyokong bersorak gembira apabila Khelif diangkat sebagai pemenang.
Terdahulu, Khelif menjadi tumpuan dunia apabila menewaskan lawannya dari Itali dalam masa 46 saat di Sukan Olimpik Paris. Kemenangan Khelif ketika itu juga disifatkan oleh ramai pihak sebagai tidak adil.
Bagaimanapun, kecaman terhadapnya reda seketika apabila Khelif memaklumkan dia adalah seorang wanita, bukannya wanita jadian seperti yang digembar-gemburkan.
Bapanya turut menyatakan isu yang menimpa anaknya itu dilihat seperti sengaja menghalang anaknya daripada memenangi apa-apa perlawanan.
Sumber: Algeria FC
The post Petinju wanita Algeria, Imane Khelif ke pusingan akhir appeared first on The Reporter.


