PETRA, Suruhanjaya tenaga muktamad cadangan jadual tarif baharu elektrik

LocalPolitics
19 Feb 2025 • 6:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof ketika sesi penggulungan titah Diraja ketika Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 di Dewan Rakyat pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) bersama Suruhanjaya Tenaga (ST) sedang memuktamadkan cadangan jadual tarif baharu elektrik yang akan dilaksanakan bermula pada 1 Julai ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof.

Beliau berkata, tarif baharu elektrik itu akan dilaksanakan dengan mengambil kira input serta pandangan pihak berkepentingan yang diperoleh menerusi sesi libat urus pada 13 Januari dan 5 Februari lepas.

"Kementerian memberi jaminan bahawa penetapan tarif elektrik di Semenanjung dan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) akan mengambil kira semua aspek termasuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

"Hal ini bagi memastikan 85 peratus pengguna domestik di Semenanjung serta pengguna dalam kategori Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) terus kekal dilindungi," katanya.

Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata demikian pada sesi penggulungan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi PETRA di Dewan Rakyat hari ini setelah dibahas 53 Ahli Parlimen.

AKAN MENYUSUL