Petron Malaysia Siasat Dakwaan Pencemaran Petrol RON95 Di Beberapa Stesen Minyaknya Di Wilayah Utara

LocalCars
5 Oct 2026 • 3:22 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

Petron Malaysia Siasat Dakwaan Pencemaran Petrol RON95 Di Beberapa Stesen Minyaknya Di Wilayah Utara

Petron Malaysia mengambil serius dakwaan pencemaran petrol RON95 di beberapa stesen minyak di wilayah Utara.

Dalam satu kenyataan ringkas, Petron Malaysia memaklumkan pihaknya mengambil maklum berkenaan dakwaan tersebut dan kini sedang menjalankan siasatan lanjut.

"Keselamatan pelanggan dan kualiti produk adalah keutamaan kami," katanya menerusi kenyataan itu.

Kenyataan ini dibuat susulan tular dakwaan terdapat pengguna yang mengalami masalah kenderaan selepas mengisi petrol RON95 di sebuah stesen minyak di Batu Kawan, Pulau Pinang, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Petron Malaysia turut meminta orang ramai untuk menghubungi pihak mereka untuk sebarang pertanyaan.

Baca juga:

"Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi pasukan Khidmat Pelanggan kami melalui e-mel di petroncare@petron.com.my atau talian 1 300-22-8211," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved