11 stesen minyak di Kedah diperiksa, tiada penemuan campuran air

LocalBusiness & Finance
5 Oct 2026 • 6:50 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 11 stesen minyak di Kedah diperiksa, tiada penemuan campuran air

ALOR SETAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah memeriksa 11 stesen minyak susulan aduan berhubung dakwaan petrol bercampur air yang didakwa menyebabkan kerosakan kenderaan.

Pengarah KPDN Kedah, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, pemeriksaan sejak semalam melibatkan empat stesen minyak di daerah ini, Kubang Pasu (dua), Sungai Petani (dua) dan Kulim (tiga), membabitkan bahan api petrol RON95.

“Pemeriksaan awal melalui kaedah pengukuran paras bahan api secara manual (manual dipping) serta semakan bacaan sistem Automatic Tank Gauge (ATG) mendapati tiada petunjuk kehadiran air di dalam tangki simpanan bahan api yang diperiksa,” katanya di sini hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata, dapatan itu masih merupakan pemeriksaan awal dan belum boleh dianggap sebagai keputusan muktamad berhubung dakwaan petrol bercampur air.

“KPDN turut mengambil sampel bahan api daripada tangki dan pam yang terlibat untuk dikemukakan kepada Jabatan Kimia bagi tujuan analisis lanjut.

“Pada masa sama, pengusaha stesen minyak turut mengambil tindakan menghantar sampel bahan api berkaitan ke makmal syarikat minyak untuk analisis lanjut,” ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya tidak membuat sebarang kesimpulan bahawa bahan api berkenaan bercampur dengan air sehingga keputusan analisis sampel diperoleh dan siasatan lanjut selesai dijalankan.

Menurutnya, pihaknya akan meneliti keputusan analisis serta keseluruhan hasil siasatan sebelum menentukan tindakan selanjutnya.

“Tindakan sewajarnya akan diambil berdasarkan peruntukan undang-undang berkaitan sekiranya hasil siasatan mendapati berlaku pelanggaran terhadap mana-mana peruntukan undang-undang yang dikuatkuasakan KPDN.

“KPDN Kedah menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang kesimpulan awal berdasarkan maklumat yang tular di media sosial,” katanya.-KOSMO! ONLINE.

The post 11 stesen minyak di Kedah diperiksa, tiada penemuan campuran air appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved