Petronas bakal guna AI bagi sokongan operasi huluan

LocalTechnology
16 Jun 2025 • 7:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Petronas merancang untuk menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyokong operasi huluannya.

KUALA LUMPUR - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) merancang untuk menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyokong operasi huluannya, terutamanya dalam pengeluaran minyak dan gas, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Tan Sri Tengku Muhammad Taufik.

Beliau berkata, penggunaan AI akan mempercepatkan proses dan membolehkan penyelesaian hasil tertentu.

"Bagi operasi huluan kami, kami ingin menambah baik masa untuk menyiapkan proses penggerudian, pembangunan, penemuan dan penghantaran pertama bagi gas atau minyak,” katanya pada sesi dialog bertajuk ‘Delivering Asia’s Energy Transition’ pada Persidangan Energy Asia 2025 hari ini.

Tengku Muhammad Taufik berkata, Petronas masih dalam peringkat awal integrasi AI dan sedang giat mempelajarinya daripada penyedia perkhidmatan lain, terutamanya dalam bidang seperti penerokaan metana.

Katanya, AI juga akan membantu Petronas menjadi lebih berorientasikan pelanggan, menawarkan perkhidmatan dan produk yang memenuhi kehendak pelanggan.

"Kami akan perlu memilih dengan lebih berhati-hati mengenai alat dan di mana mereka akan digunakan,” katanya.

Terdahulu, Tengku Muhammad Taufik berkata dunia berada di ambang revolusi perindustrian kelima dan AI dengan pantas menjadi teknologi asas yang amat diperlukan merentas sektor. - Bernama

 

 

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved