Petronas bantu kerajaan sedia bekalan minyak, gas sehingga Mei - PM

LocalBusiness & Finance
1 Apr 2026 • 9:48 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Petronas merancang bekalan minyak dan gas mencukupi sehingga Mei. Gambar hiasan

KUALA LUMPUR - Perancangan Petroliam Nasional Bhd (Petronas) membantu kerajaan dalam menyediakan bekalan minyak dan gas yang mencukupi sekurang-kurangnya sehingga Mei, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita ucap terima kasih kerana perancangan Petronas dapat membantu kita kerana menyediakan minyak, gas yang mencukupi sekurang-kurangnya melangkau sehingga Mei dan ini sangat membantu rakyat dan negara.

"Langkah ini sangat membantu rakyat dan negara,” kata Anwar menerusi video taklimat ringkas hari ini.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, usaha itu turut melibatkan Majlis Tindakan Ekonomi Negara selain mendapat bantuan daripada tokoh yang sangat berwibawa untuk membantu dalam bidang itu.

"Kita telah mengadakan beberapa program khas baik Jemaah Menteri, jawatankuasa-jawatankuasa khas supaya penggunaan bahan api itu terkawal dan bekalan tenaga terjamin,” kata Anwar.

Sebelum ini, Perdana Menteri berkata, kerajaan telah mengumumkan untuk mengambil langkah awal termasuk sambutan Aidilfitri yang lebih terkawal.

"Kerajaan akan mengurangkan dengan langkah-langkah penjimatan dan sambutan yang jauh lebih sederhana,” katanya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved