Petronas & Blueshark Jalin Kerjasama – Tukar Bateri E-Motosikal Di Stesen Terpilih

LocalTechnology
14 May 2025 • 2:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Petronas Dagangan Berhad dan Blueshark Ecosystem Sdn. Bhd. kini berganding tenaga secara rasmi melalui penubuhan syarikat usaha sama baharu, Blueshark Malaysia Sdn. Bhd., dalam misi memperluas penggunaan motosikal elektrik dua roda (2W-EV) di negara ini.

Langkah ini dapat membantu merealisasikan agenda negara ke arah pengangkutan hijau seperti digariskan dalam Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR).

image is not available

Selepas mendapat sambutan positif pada peringkat awal sejak 2022, kedua-dua syarikat kini bergerak ke fasa yang lebih terancang untuk memperluas capaian di peringkat nasional. Melalui kerjasama ini, Blueshark Malaysia akan menjadi pengedar eksklusif bagi motosikal elektrik Blueshark di pasaran tempatan, termasuk model popular di bawah subjenama SoloEra.

Stesen Petronas Jadi Hab Penukaran Bateri

image is not available

Antara keunikan ekosistem Blueshark ialah ketersediaan stesen pertukaran bateri pantas di stesen Petronas terpilih. Penunggang hanya perlu tukar kepada bateri yang telah dicas penuh tanpa perlu menunggu lama untuk mengecas.

Perkhidmatan ini kini telah pun disediakan di beberapa kawasan di Lembah Klang, Pulau Pinang dan Johor, dengan lebih banyak lokasi bakal menyusul.

Rangkaian Sokongan yang Kukuh

Bagi memastikan kesinambungan dan perkembangan ekosistem ini, Blueshark Malaysia berkolaborasi dengan dua entiti penting iaitu Sharkgulf Technologies Group Limited (STGL) dan EP Blueshark Sdn. Bhd.

image is not availableimage is not available

STGL dari China, merupakan pembangun asal motosikal elektrik Blueshark. Syarikat ini membekalkan sistem bateri pintar, trenkuasa canggih dan perisian pintar yang memacu prestasi dan ciri keselamatan kenderaan.

Sementara itu, EP Blueshark Sdn. Bhd., anak syarikat kepada EP Manufacturing Berhad (EPMB), pula bertanggungjawab mengeluarkan motosikal ini secara tempatan di Malaysia. EPMB terkenal dengan pengalaman yang luas dalam sektor automotif dan pemasangan kenderaan.

Gabungan kepakaran dari ketiga-tiga pihak ini akan membentuk ekosistem lengkap merangkumi pembuatan, jualan, perkhidmatan selepas jualan dan penyelesaian tenaga untuk segmen motosikal elektrik dua roda di Malaysia.