PETRONAS Lubricants International Raih Pengiktirafan Antarabangsa, Terima Anugerah Pembekal Terbaik Stellantis 2026

LocalBusiness & Finance
18 Nov 2026 • 5:58 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

PETRONAS Lubricants International Raih Pengiktirafan Antarabangsa, Terima Anugerah Pembekal Terbaik Stellantis 2026

PETRONAS Lubricants International (PLI) meraih pengiktirafan antarabangsa selepas dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pembekal Terbaik Stellantis 2026 bagi kategori Aftermarket.

Dalam satu kenyataan menerusi Facebook rasminya, PLI memaklumkan anugerah tersebut disampaikan pada majlis Stellantis Global Supplier Conference & Awards yang berlangsung di Detroit, Amerika Syarikat pada 10 November lalu.

Ketua Pegawai Strategi dan Transformasi PLI, Domenico Ciaglia, menerima anugerah berkenaan bagi pihak syarikat sebagai penghargaan terhadap dedikasi dan sumbangan seluruh warga kerjanya.

PETRONAS Lubricants International Raih Pengiktirafan Antarabangsa

Image from: PETRONAS Lubricants International Raih Pengiktirafan Antarabangsa, Terima Anugerah Pembekal Terbaik Stellantis 2026

Menurut PLI, pengiktirafan itu mencerminkan kerjasama erat serta komitmen bersama antara kedua-dua syarikat dalam memastikan kualiti produk, kecemerlangan operasi dan nilai terbaik untuk pelanggan di seluruh dunia.

Dalam pada itu, PLI turut merakamkan penghargaan kepada Stellantis atas pengiktirafan tersebut, selain pasukan global dan serantaunya yang memainkan peranan penting dalam menjayakan pencapaian berkenaan menerusi semangat serta kepakaran masing-masing.

Baca juga:

PLI turut menegaskan komitmennya untuk terus menyokong strategi FaSTLAne 2030 Stellantis yang mengutamakan inovasi, kualiti, kepantasan dan kecekapan pelaksanaan, selain bekerjasama membentuk masa depan industri mobiliti.

"Bersama-sama, kami memacu kecemerlangan. Bersama-sama, kami melangkah lebih jauh," menurut PLI.

Image from: PETRONAS Lubricants International Raih Pengiktirafan Antarabangsa, Terima Anugerah Pembekal Terbaik Stellantis 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved