Angela Mak diiktiraf usahawan terkemuka menjelang penyenaraian Yes Group

LocalBusiness & Finance
18 Nov 2026 • 5:59 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Angela Mak diiktiraf usahawan terkemuka menjelang penyenaraian Yes Group

PETALING JAYA: Pengarah Urusan Yes Group Management Berhad, Angela Mak menerima pengiktirafan Usahawan Terkemuka dalam Perjalanan Korporat dan MICE pada Anugerah SEBA ASEAN 2025/2026, menjelang penyenaraian syarikat itu di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 26 November ini.

Pengiktirafan berkenaan mencerminkan kejayaan kepimpinan Angela membangunkan Yes Travel & Holidays Sdn Bhd (Yes Travel) daripada sebuah perniagaan perancangan acara korporat pada 2008 kepada penyedia penyelesaian menyeluruh bagi segmen Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (MICE).

Angela berkata, perjalanan Yes Travel sejak ditubuhkan 18 tahun lalu menyaksikan perniagaan itu berkembang daripada perancangan acara korporat kepada penyedia perkhidmatan MICE yang merangkumi pelancongan insentif serta program acara untuk pelanggan korporat di dalam dan luar negara.

“Pengiktirafan ini amat bermakna ketika syarikat bersedia membawa Yes Group ke Pasaran ACE lewat bulan ini.

“Penyenaraian yang akan datang menandakan lembaran baharu yang penting bagi kami, mencerminkan kerja keras selama bertahun-tahun oleh pasukan serta kepercayaan pelanggan dan rakan kongsi,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, kumpulan itu akan terus memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh perniagaan secara mampan, membangunkan tenaga kerja serta memperluas keupayaan bagi mewujudkan nilai jangka panjang kepada pelanggan dan pihak berkepentingan.

Di bawah kepimpinan Angela, Yes Travel mengembangkan operasinya kepada pelancongan insentif domestik pada 2010 sebelum memasuki segmen pelancongan insentif antarabangsa pada 2014.

Perkembangan itu menjadi asas kepada pembentukan keupayaan perniagaan kumpulan berkenaan dalam menyediakan penyelesaian MICE secara menyeluruh ketika ini.

Anugerah SEBA ASEAN yang memasuki edisi ke-12 mengiktiraf kecemerlangan keusahawanan merentasi pelbagai industri di rantau ASEAN, berdasarkan penilaian lapan fasa meliputi prestasi perniagaan, tadbir urus, kewangan dan pertimbangan juri. – UTUSAN

The post Angela Mak diiktiraf usahawan terkemuka menjelang penyenaraian Yes Group appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved