Menjelang pusingan kelima saingan Petronas MAM Malaysian Cub Prix 2024 di Litar Antarabangsa Sepang Selatan, dua pelumba cilik, Adam Haikal Jafar dan Adi Putra Anahar, mahu mempamerkan persembahan berkualiti menguasai trek sukan permotoran itu, hujung minggu ini.

