
Dunia permotoran tempatan terus menyaksikan peningkatan penyertaan golongan wanita, dan perkembangan itu disambut oleh PETRONAS Sprinta menerusi pelancaran rasmi PETRONAS Sprinta Ladies ketika berlangsungnya Velora Ride & Heal Camp.
Inisiatif ini dilihat sebagai langkah strategik untuk menghimpunkan komuniti penunggang wanita di bawah satu platform yang bukan sahaja mengeratkan hubungan sesama rider, malah membuka lebih banyak ruang untuk pembelajaran, pembangunan diri dan perkongsian pengalaman.

Velora Ride & Heal Camp turut menjadi medan terbaik untuk peserta mendalami aspek penjagaan motosikal yang sering dipandang remeh. PETRONAS Sprinta berkongsi pelbagai tip berkaitan penyelenggaraan berkala, pemilihan minyak pelincir yang sesuai mengikut jenis motosikal serta kepentingan penjagaan sistem rantai bagi memastikan motosikal sentiasa berada dalam keadaan terbaik.
Pada masa sama, para peserta turut diperkenalkan dengan rangkaian produk PETRONAS Sprinta yang merangkumi minyak pelincir untuk motosikal kapcai, motosikal berprestasi tinggi dan skuter, selain produk penjagaan rantai seperti PETRONAS Sprinta Chain Lube dan PETRONAS Sprinta Chain Cleaner yang membantu memastikan prestasi motosikal kekal optimum.
Lebih daripada sekadar memperkenalkan produk, pelancaran PETRONAS Sprinta Ladies membuktikan komitmen jenama itu dalam menyokong perkembangan komuniti wanita dalam dunia permotoran. Dengan semakin ramai wanita menjadikan motosikal sebagai pengangkutan harian mahupun hobi, platform seperti ini mampu melahirkan komuniti yang lebih aktif, berpengetahuan dan saling memberi inspirasi.
Usaha ini juga menunjukkan bahawa dunia dua roda bukan lagi didominasi lelaki semata-mata. Kehadiran lebih ramai lady bikers membuka lembaran baharu kepada industri permotoran tempatan, dan PETRONAS Sprinta kini tampil sebagai antara jenama yang berada di barisan hadapan dalam menyokong perkembangan tersebut.
The post PETRONAS Sprinta Ladies Dilancarkan, Bawa Nafas Baharu Buat Komuniti Lady Bikers appeared first on TW Media.
