Petronas taja 116 pelajar cemerlang SPM dari Sabah

19 Oct 2023 • 1:56 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seramai 116 pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 dari Sabah telah menerima penajaan pendidikan menerusi Program Memperkasakan Ilmu – Penajaan Pendidikan Petronas.

Mereka adalah sebahagian daripada 600 pelajar cemerlang SPM 2022 di seluruh negara yang mendapat tajaan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat pengajian tinggi di Universiti Teknologi Petronas dan universiti terkemuka tempatan serta di luar negara seperti Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, New Zealand, China, dan Jepun, serta, mulai tahun ini, di Korea Selatan.

Majlis penganugerahan yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 14 Oktober lalu menjadi detik yang membanggakan bagi pelajar berkenaan apabila mereka menerima tajaan sambil diiringi tepukan daripada ibu bapa dan penjaga yang turut hadir pada majlis itu.

Pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Bakke Salleh, bersama Naib Presiden Kanan, Pelaksanaan Projek dan Teknologi, Petronas, Datuk Bacho Pilong menyampaikan tajaan kepada pelajar berkenaan.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Mohd Bakke berkata Petronas percaya bahawa pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan modal insan di semua peringkat akan melahirkan bakat yang berterusan dan mampan.

“Program Memperkasakan Ilmu merupakan komitmen kami untuk menggalakkan penerokaan ilmu di kalangan pelajar dan pendidik. Kami menyokong usaha mereka ke arah pendidikan berkualiti serta memperkasakan mereka agar terus berusaha mencapai kemajuan selari dengan perubahan semasa,” katanya ketika berucap pada majlis itu.

Beliau menambah, dengan portfolionya kini melangkaui industri minyak dan gas ke arah spektrum tenaga yang lebih luas, Petronas memerlukan kemahiran baharu bagi memenuhi keperluan perniagaan yang semakin berkembang, sekali gus melahirkan tenaga profesional yang berpengetahuan tinggi.

Bidang yang ditawarkan termasuk Kejuruteraan Kimia, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Petroleum, Geofizik, Perakaunan, Pemasaran dan Undang-undang.

Selaras dengan transformasi digital Petronas, syarikat tersebut juga telah memperluaskan penajaannya merangkumi bidang Sains Data dan Kejuruteraan Data.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri Sabah, Datuk Zainuddin Aman dan Ketua Petronas Sabah dan Labuan, Siti Ayu Abdul Wahab.

Lebih 10,000 permohonan diterima bagi program itu tahun ini.

Selepas melalui proses penilaian, 600 pelajar yang memperoleh keputusan cemerlang dan berjaya mempamerkan kualiti kepimpinan, kecerdasan, kemahiran menyelesaikan masalah, semangat berpasukan serta wawasan untuk mencapai kecemerlangan, telah dipilih untuk menerima tajaan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.