Petronas tegaskan tindakan rampas aset tidak berasas

13 Jul 2022 • 8:04 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Petronas menegaskan bahawa ia menganggap tindakan yang diambil terhadapnya sebagai tidak berasas dan akan terus mempertahankan kedudukan dari segi undang-undang dalam perkara itu.

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Petronas itu merujuk kepada laporan media Financial Times yang bertajuk ‘Petronas subsidiaries seized as lawyers press $15bn claim on Malaysia’.

“Kami mengesahkan bahawa kedua-dua anak syarikat dalam laporan tersebut telah menerima notis ‘Saisie-arret’ pada 11 Julai, 2022,” menurut syarikat minyak negara itu dalam kenyataan di sini, pada Selasa.

Petronas menjelaskan bahawa kedua-dua anak syarikatnya, Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) S.à r.l. dan Petronas South Caucasus S.à r.l. telah melupuskan kesemua aset di Republik Azerbaijan dan hasil daripada pelupusan itu telahpun dipulangkan dengan sewajarnya. — Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved