Petronas tetap mampu teruskan operasi dengan komitmen dividen lebih rendah – Amir Hamzah

LocalBusiness & Finance
11 Oct 2025 • 10:11 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Petronas tetap mampu teruskan operasi dengan komitmen dividen lebih rendah – Amir Hamzah

image is not available

11/10/2025 - 10:11

KUALA LUMPUR 11 Okt - Petronas dijangka mempunyai dana mencukupi untuk menyokong operasi syarikat walaupun dengan bayaran dividen yang lebih rendah kepada kerajaan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata, kerajaan mengambil kira trend harga global minyak dan gas tanpa memberi tekanan kewangan berlebihan kepada syarikat minyak dan gas nasional itu, yang secara rasmi dikenali sebagai Petroliam Nasional Bhd.

“Kita sebuah kerajaan yang seimbang dan tidak mahu memaksa Petronas untuk membayar,” katanya kepada pemberita selepas pembentangan Belanjawan 2026 di Parlimen pada Jumaat.

“Petronas akan terus menyumbang dividen kepada kerajaan setakat yang termampu secara munasabah,” ujar beliau.

Petronas, satu-satunya syarikat Malaysia yang tersenarai dalam Fortune 500, merupakan penyumbang tunggal terbesar kepada hasil kerajaan.

Tahun depan, kerajaan menjangkakan menerima dividen RM20 bilion daripada Petronas berbanding RM32 bilion yang dibayar tahun ini, menurut Laporan Tinjauan Fiskal oleh Kementerian Kewangan.

Harga minyak mentah global dilaporkan menurun sekitar 14% setakat tahun ini, dengan purata sekitar AS$70 (RM295.75) setong.

Bagi tahun depan, kerajaan menjangkakan harga minyak berada dalam lingkungan AS$60 hingga AS$65 setong, yang dijangka menjejaskan hasil berkaitan petroleum.

Amir Hamzah berkata, unjuran serta penurunan bayaran dividen daripada Petronas itu mencerminkan “keadaan sebenar”, sambil menambah, Petronas masih mampu menyokong perniagaan domestik dan antarabangsa bagi menjana pulangan mampan untuk Malaysia. - DagangNews.com

standard

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved