Petronas umum pengeluaran gas pertama dari telaga Jerun, Sarawak

9 Jul 2024 • 2:03 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Petronas umum pengeluaran gas pertama dari telaga Jerun, Sarawak

johardy

09/07/2024 - 14:03

KUALA LUMPUR 9 Julai - Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini mengumumkan telaga Jerun di Blok SK 408, terletak kira-kira 160 kilometer dari pantai Sarawak, luar pesisir Malaysia, baru-baru ini telah mencapai pengeluaran gas pertamanya.

Dalam satu kenyataan, Petronas berkata Sapura OMV Upstream (Sarawak) Inc, pengendali blok SK 408, memegang 40 peratus kepentingan penyertaan, manakala baki 60 peratus dikongsi sama oleh Petronas Carigali Sdn Bhd dan Sarawak Shell Bhd.

“Medan Jerun pertama kali ditemui pada 2015 oleh Sapura OMV, berikutan penggerudian sembilan telaga penerokaan dari 2014 hingga 2015.

"Mampu menghasilkan sehingga 550 juta kaki padu standard sehari, projek ini bersedia untuk menangani permintaan tenaga global yang semakin meningkat," katanya.

image is not available
Datuk Bacho Pilong

Naib presiden kanan pengurusan petroleum Malaysia Petronas Datuk Bacho Pilong berkata projek itu menjanjikan sumbangan besar ke arah mengekalkan bekalan gas jangka panjang Malaysia.

“Sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi daripada kerajaan Sarawak dan pihak berkuasa tempatan telah memainkan peranan penting dalam menjayakan projek ini,” katanya. - DagangNews.com

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved