Petronas Umum Pengeluaran Gas Pertama Dari Lapangan Jerun Sarawak

9 Jul 2024 • 2:41 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Lapangan tersebut terletak kira-kira 160 kilometer dari Pantai Sarawak

Petronas Umum Pengeluaran Gas Pertama Dari Lapangan Jerun Sarawak. Petroliam Nasional Bhd (Petronas) hari ini mengumumkan pengeluaran gas pertama dari Lapangan Jerun, di Blok SK 408, yang terletak kira-kira 160 kilometer dari pantai Sarawak, luar pesisir Malaysia, baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata pengendali blok berkenaan, Sapura OMV Upstream (Sarawak) Inc, memegang 40 peratus kepentingan, manakala baki 60 peratus dikongsi bersama Petronas Carigali Sdn Bhd dan Sarawak Shell Bhd.

image is not available
Petronas Umum Pengeluaran Gas Pertama Dari Lapangan Jerun Sarawak.

“Lapangan Jerun ditemukan buat pertama kali pada 2015 oleh Sapura OMV, diikuti penerokaan dan penggalian sembilan telaga di lapangan itu dari 2014 hingga 2015.

“Ia mampu menghasilkan sehingga 550 juta kaki padu standard setiap hari, projek ini bersedia untuk menangani permintaan tenaga global yang semakin meningkat,” katanya.

Naib Presiden Kanan Petronas pengurusan petroleum Malaysia Datuk Bacho Pilong berkata projek itu menjanjikan sumbangan besar bekalan gas Malaysia untuk jangka panjang.

image is not available

“Sokongan dan kerjasama yang tidak berbelah bahagi daripada kerajaan Sarawak dan pihak berkuasa tempatan telah memainkan peranan penting dalam menjayakan projek ini,” katanya.

Baca lagi artikel menarik: