
Cuti sekolah akhir tahun ini, jom ajak semua meneroka keajaiban Malaysia dengan Petrosains, The Discovery Centre dan PETRONAS Twin Towers Sky Xperience melalui program “Where Malaysia’s Wonders Come Together”.
Sepanjang cuti, pengalaman interaktif ini menggabungkan sains, kreativiti, budaya, dan ikon seni bina Malaysia, menjadi pengalaman bukan saja seronok tapi juga penuh ilmu.
Apa yang ada di Petrosains?
Night at Petrosains kembali! Tiga sesi eksklusif selepas waktu operasi untuk pengalaman jelajah pameran yang unik.
Thinking Spot! Edu-to-Cart: Unboxing with XPLORASI,
Bengkel interaktif & sesi kuiz sepanjang program untuk cetus kreativiti dan penyelesaian masalah.
Hiburan & budaya
Multicultural Drum Show dan persembahan tarian penuh tenaga.
Festive Photo Booth untuk rakam kenangan manis.
Maskot kegemaran seperti A.R.I.F., Wira, Manja, dan Mechamato buat sesi beramah mesra.
View dari atas? Jangan lepaskan pengalaman ini
PETRONAS Twin Towers Sky Xperience tawarkan panorama KL yang menakjubkan:
Sky Bridge dua tingkat tertinggi dunia (Aras 41 & 42)
Sky Deck Aras 86 dengan pemandangan kota luas + paparan interaktif.
Sky Café Aras 83 untuk santapan premium sambil nikmati panorama.
Menurut Ezarisma Azni Mohamad, CEO Petrosains,
“Program cuti persekolahan akhir tahun ini meraikan keajaiban Malaysia secara bermakna, menarik dan inklusif. Kami harap pengalaman ni bukan saja menggembirakan keluarga dan golongan muda, tapi juga tingkatkan keterujaan menjelang Visit Malaysia 2026.”
Jadi, kalau nak cuti sekolah yang fun + edukatif + cantik untuk Instagram, Petrosains & Sky Xperience memang destinasi wajib!
Ikuti mereka di media sosial untuk update terkini dan program menarik seterusnya.
Media Sosial Petrosains:
- Facebook: Petrosains – The Discovery Centre
- Instagram: @instapetrosains
- TikTok: @petrosains
- Laman Web: https://petrosains.com.my/
Media Sosial PETRONAS Twin Towers:
- Instagram: @petronastwintowers
- Facebook: PETRONAS Twin Towers
- TikTok: @petronastwintowers
- Laman Web: www.petronastwintowers.com.my
The post Petrosains & Petronas Twin Towers Sky Tawar Xperience Interaktif Hidupkan Musim Cuti Sekolah Tahun Ini appeared first on Siakap Keli.



