Ikuti saluran TikTok, WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, tular satu hantaran menyentuh hati menunjukkan sekumpulan petugas sedang menemani seorang peserta perlumbaan The IHH Sky Race mendaki anak tangga hingga ke tingkat 118 di bangunan tertinggi Asia Tenggara dan menara kedua tertinggi di dunia, Menara Merdeka Maybank.
Menerusi video di akaun Instagram (liren.ho) itu, kelihatan petugas-petugas turut memberikan kata-kata semangat sepanjang menemani peserta terakhir itu melengkapkan perlumbaannya selepas mengambil masa hampir tiga jam untuk tiba ke puncak bangunan.
Petugas Iringi & Kipas Peserta Ketika Daki Tangga 40 Tingkat Terakhir
Malah mereka juga tidak mendesak peserta berkenaan selain menghalakan kipas bagi melegakan kepenatan wanita tersebut.
Pasukan perubatan juga dilihat menemani dan memastikan wanita itu selamat untuk menghabiskan 40 tingkat tangga yang terakhir.
View this post on Instagram
Petugas Beri Sokongan Dengan Nyanyikan Lagu ‘Standing in the Eyes of the World’
Lebih mengharukan apabila kesemua petugas bersama-sama menyanyikan lagu tema rasmi sempena Sukan Komanwel 1998, ‘Standing in the Eyes of the World’ oleh Ella dengan lantang dan penuh semangat semata-mata untuk menunjukkan sokongan kepada peserta yang sudah kelihatan mengah.
Bagi membantu wanita itu, seorang petugas turut memimpin tangannya hingga tiba ke tingkat atas.
Meskipun tercungap-cungap dan menaiki tangga secara perlahan, peserta itu akhirnya berjaya mencabar dirinya dan menamatkan perlumbaan.
Peserta Tidak Mahu Mengalah Separuh Jalan
Jelas pemilik akaun dikenali sebagai Liren, asbab wanita itu tekad dan tidak berputus asa melangkah sebanyak 2,845 anak tangga adalah kerana dia mahu menghabiskan perlumbaan yang sudah dimulakannya.
“Lepas tu dia ambil masa untuk nikmati pemandangan (Kuala Lumpur dari tingkat 118) hasil usaha kerasnya,” kata Liren.
7,797 Peserta Berjaya Daki 2,845 Anak Tangga Hingga Ke Tingkat 118
Untuk info, IHH Sky Race pada tahun ini yang dianjurkan pada 22 dan 23 Ogos 2026 lalu menghimpunkan lebih 8,000 peserta dari lebih 78 negara.
Acara tersebut turut mencatat rekod baharu dalam Malaysia Book of Records bagi kategori Penyertaan Terbesar dalam Acara Towerrunning, dengan seramai 7,797 peserta berjaya menamatkan perlumbaan tersebut.
Ramai Puji Peserta Wanita Kerana Tidak Mengalah Walau Sudah Penat
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji wanita itu kerana tidak mengalah dan tetap meneruskan perjuangan hingga ke garis penamat.
“Omg! Saya nangis. Mana dia dapat keberanian untuk terima cabaran ni! Bangga sebagai rakyat Malaysia,” kata seorang wanita.
“Yang paling penting dia habiskan perlumbaan dan tidak putus asa,” tambah seorang lagi netizen.
Sokongan & Motivasi Dari Orang Lain Sangat Penting – Netizen
Sementara itu, ramai juga memuji para petugas yang membantu peserta berkenaan hingga sampai ke tingkat teratas.
“Kakak yang mendaki, yang teman sambil nyanyi, yang bagi semangat, yang pegang tangan kakak tu. Hats off to all (hormat). Terharu sangat tengok,” ujar seorang wanita.
Malah warganet juga bersetuju bahawa sokongan sebegitu mampu menaikkan semangat seseorang lebih-lebih lagi dalam kesukanan.
“Sangat penting untuk dapat motivasi dan sokongan daripada orang lain daripada kenalan dan bukan kenalan. Jom semua baik hati antara satu sama lain. Terima kasih semua!” tambah seorang lagi individu.
Berikut antara komen-komen netizen:
![Image from: Petugas Dipuji Teman Peserta Habiskan Sky Race Di Merdeka 118, Siap Nyanyikan Lagu Komanwel Ella Untuk Naikkan Semangat [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/race-merdeka-118-1024x890.jpg)
![Image from: Petugas Dipuji Teman Peserta Habiskan Sky Race Di Merdeka 118, Siap Nyanyikan Lagu Komanwel Ella Untuk Naikkan Semangat [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/race-merdeka-118-2-1024x681.jpg)
![Image from: Petugas Dipuji Teman Peserta Habiskan Sky Race Di Merdeka 118, Siap Nyanyikan Lagu Komanwel Ella Untuk Naikkan Semangat [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/race-merdeka-118-3-1024x603.jpg)
![Image from: Petugas Dipuji Teman Peserta Habiskan Sky Race Di Merdeka 118, Siap Nyanyikan Lagu Komanwel Ella Untuk Naikkan Semangat [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/race-merdeka-118-4-1024x771.jpg)
![Image from: Petugas Dipuji Teman Peserta Habiskan Sky Race Di Merdeka 118, Siap Nyanyikan Lagu Komanwel Ella Untuk Naikkan Semangat [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/race-merdeka-118-5-1024x570.jpg)
![Image from: Petugas Dipuji Teman Peserta Habiskan Sky Race Di Merdeka 118, Siap Nyanyikan Lagu Komanwel Ella Untuk Naikkan Semangat [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/race-merdeka-118-6-1024x909.jpg)
![Image from: Petugas Dipuji Teman Peserta Habiskan Sky Race Di Merdeka 118, Siap Nyanyikan Lagu Komanwel Ella Untuk Naikkan Semangat [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/08/race-merdeka-118-7-1024x770.jpg)
Baca Artikel Berkaitan: “Acara Bermakna Dengan Kawan Baru” – Wanita Dipuji Pimpin Peserta Fun Run Buta Sepanjang Larian 5KM [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “MasyaAllah”- Aksi Lelaki Pimpin Tangan Rakan OKU Penglihatan Sertai Marathon Buat Ramai Sebak [Video]

