Petugas Era FM selesai beri keterangan di Bukit Aman

LocalEntertainment
5 Mar 2025 • 1:27 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Enam kakitangan stesen radio, Era FM termasuk tiga penyampai radio dilihat meninggalkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini jam 1.10 petang.

KUALA LUMPUR - Enam kakitangan stesen radio, Era FM termasuk tiga penyampai radio dilihat meninggalkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini jam 1.10 petang.

Kesemua mereka selesai memberi keterangan berhubung isu video tular mempersenda upacara agama lain.

Tiga penyampai radio terkenal itu bagaimanapun gagal ditemui pihak media kerana kenderaan yang membawa mereka mengambil di bahagian pintu masuk IPK Bukit Aman di bahagian dalam.

Ketiga-tiganya menaiki kereta jenis Toyota Vellfire.

Sementara tiga lagi petugas stesen radio yang diambil keterangan berjalan keluar bersama beberapa individu lain dari IPK Bukit Aman.

Keenam-enam individu tersebut hadir kira-kira 10.30 pagi dan sesi keterangan berjalan lebih dua jam dengan siasatan dikendalikan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman.