Petugas media 'berkampung' di HTAR

17 Aug 2023 • 8:18 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Petugas media mula berkampung di hadapan Bilik Forensik HTAR bagi melaporkan perkembangan terkini babit mangsa tragedi pesawat terhempas di Elmina Central Park, Seksyen U16, Shah Alam pada Khamis.

image is not available
Petugas media mula berkampung di hadapan Bilik Forensik HTAR bagi melaporkan perkembangan terkini babit mangsa tragedi pesawat terhempas di Elmina Central Park, Seksyen U16, Shah Alam pada Khamis.

KLANG - Lebih 30 pengamal media mula memenuhi luar pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini, pada Khamis.

Polis sebelum itu mengesahkan 10 individu maut dalam insiden pesawat ringan terhempas di Elmina Central Park, Seksyen U16, Shah Alam pada jam 2.40 petang.

Semua mangsa dipercayai berusia antara 40-an hingga 50-an yang mana lapan daripadanya adalah penumpang dan krew pesawat akan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang.

Tinjauan Sinar Harian mendapati pintu masuk utama Jabatan Forensik HTAR dikawal ketat pengawal keselamatan dan media tidak dibenarkan memasukinya.

Setakat kira-kira jam 7.40 petang, jenazah mangsa nahas masih belum tiba dan tiada ahli keluarga atau waris mangsa korban hadir di HTAR setakat ini.

Difahamkan, Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan menyediakan fasaliti pengurusan jenazah mangsa tragedi pesawat.

Antaranya lampu limpah, khemah menunggu untuk para waris dan anggota keselamatan selain tandas dan surau bergerak.

**media[2311212]**

Dalam kejadian pada jam 2.48 petang itu, mangsa yang terlibat adalah lapan penumpang selain pemandu kereta dan penunggang motosikal.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pesawat daripada Langkawi, Kedah itu sepatutnya mendarat di Terminal Skypark Subang pada jam 2.50 petang, namun, dua minit sebelum mendarat, pesawat berkenaan telah terhempas ke lokasi kejadian dan menghempas sebuah kereta dan motosikal.

Kesemua penumpang termasuk seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan sebuah Negeri (exco) dipercayai menaiki pesawat ringan ke Langkawi bagi menghadiri sebuah mesyuarat.

ARTIKEL BERKAITAN: