Petugas SPR meninggal dunia di pusat pengundian Klang

19 Nov 2022 • 8:40 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KLANG: Seorang petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) meninggal dunia ketika bertugas di pusat pengundian Sekolah ACS Methodist di Jalan Raya Barat di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata mangsa yang juga lelaki warga tempatan berusia 45 tahun itu dipercayai tidak sedarkan diri atas sebuah kereta ‘buggy’ ketika bertugas di pusat pengundian tersebut.

“Pihak ambulans telah membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang bagi mendapatkan rawatan lanjut dan hasil pemeriksaan mendapati mangsa telah meninggal dunia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Cha berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira jam 12.15 tengah hari tadi.

Beliau berkata hasil siasatan awal pihak polis serta keterangan isteri mangsa menyatakan lelaki tersebut sebelum ini pernah menerima rawatan sebagai pesakit jantung.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik HTAR untuk bedah siasat bagi mengenalpasti punca kematian. Kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut (SDR),” katanya.

Cha turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi negatif yang boleh mengugat ketenteraman awam.-Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved