Pezeshkian akui sukar komunikasi dengan Mojtaba Khamenei

WorldPolitics
6 Aug 2026 • 3:13 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Pezeshkian akui sukar komunikasi dengan Mojtaba Khamenei

TEHERAN: Presiden Iran, Masoud Pezeshkian, mengakui komunikasi dengan Pemimpin Tertinggi Iran, Mojtaba Khamenei, kini sangat sukar selepas beliau dilaporkan cedera dalam serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel.

Khamenei tidak muncul di khalayak ramai sejak mengambil alih jawatan itu selepas bapanya terbunuh dalam serangan sama yang mencetuskan perang di Asia Barat.

“Pada masa ini, sangat sukar untuk berkomunikasi dengannya, tetapi dalam apa jua keadaan, kehadirannya menjadi sumber kekuatan yang sangat besar kepada kami untuk terus bergerak,” kata Pezeshkian.

Khamenei setakat ini hanya berkomunikasi menerusi kenyataan bertulis, manakala ketiadaannya daripada acara awam ketika Iran berdepan konflik dengan AS mencetuskan spekulasi mengenai hubungannya dengan pegawai kanan lain.

Beliau turut tidak kelihatan dalam upacara pengebumian bapanya pada bulan lalu.

Bagaimanapun, Pezeshkian mempertahankan Khamenei dan berkata beliau masih dapat mengadakan pertemuan yang produktif dengan pemimpin berkenaan, selain menerima layanan baik dan penuh pertimbangan yang sangat munasabah.

“Malangnya, keadaan semasa membolehkan sesetengah pihak yang berniat jahat menggambarkannya secara berbeza dan menampilkan imej dirinya yang berlainan,” katanya.- AGENSI

The post Pezeshkian akui sukar komunikasi dengan Mojtaba Khamenei appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved